Pages

Tuesday 20 November 2012

Tuesday 13 November 2012

SAJAK BUAT SEORANG INSAN YANG BERGELAR IBU....

  

SAJAK USMAN AWANG YANG MENJADI PEMANGKIN SEMANGAT BUAT SEMUA GURU..... "GURU OH GURU"






MONOLOG SEBUAH KEHIDUPAN...

**Buat puteri kesayanganku dan juga anak2 didikku...

Tahun 1999
Lahirnya kalian bersama dakapan kasih sayang
Ibunda dan ayahanda tercinta
Diazan dan diqamatkan Agar kehidupan dilimpahi keberkatan Terukir senyum bersama lafaz kesyukuran Dengan anugerah istimewa daripada Tuhan
Ditatang dan dibelai dengan penuh kasih sayang
Tidak diendah walau sakit yang datang
Demi anakanda tercinta dan tersayang
Tidak dibiarkan berduka dan berhati walang

Tahun 2006
Usiamu menganjak laju seiring detik waktu
Ketika ini bermulalah episod baru
Mengenal pensel dan juga buku
Membaca huruf satu persatu
Membilang angka tanpa jemu
Dengan tunjuk ajar dan bimbingan guru
Ayah dan ibu berdoa selalu
Agar zuriat yang satu terus maju
Gelak tawa dan keletah manjamu
Membuat hati ayah dan ibu
Bergetar dan merinduimu
Sepanjang waktu
Setiap tutur kata dan nasihat guru
Serta ayah dan ibu
Sentiasa terpahat di kalbu
Tidak pernah membantah akur
Dan berbudi bahasa selalu

Tahun 2009
10 tahun sudah usiamu
Ayah dan ibu berdoa dan memberi restu
Agar dirimu tidak terlupa akan asal usulmu
Dan terus berusaha mengumpul ilmu
Walau susah payah dan kadangkala keliru
Kepentingan dirimu diutamakan dahulu
Terkadang mengalir air mata si ibu
Pabila anakanda menunjuk laku
Tiada lagi hormat dan diam membisu
Ketika disoal satu persatu
Kini bahasamu menghiris kalbu
Herdik tengking bagimu perlu
Untuk menunjuk betapa kuat dan hebatnya dirimu
Pabila usiamu semakin memacu
Pesan ibu dibiarkan lalu
Marah ayah tiada berbekas di hatimu
Nasihat guru ditepis laju
Kerna bagimu 'aku adalah aku'

Tahun 2011
Semakin manis raut wajahmu
Semakin tampan segak penampilanmu
Doa si ibu tidak pernah jemu
Harapan si ayah tetap bertamu
Hasrat dan impian guru terus memacu
Agar kecemerlangan menjadi milikmu
Wahai anakanda penawar hati ibu
Wahai anakanda penyeri hidup ayahmu
Wahai anakanda pemangkin semangat guru
Bangun dan bangkitlah dari tidurmu
Usah kau abaikan harapan ibu
Usah kau pinggirkan impian ayahmu
Usah kau lenyapkan hasrat gurumu
Bukalah matamu
Lapangkan mindamu
Aturlah langkah satriamu
Gunakan segala pengetahuan dan ilmu
Untuk menghadapi ujian tanpa ragu
Kerna setiap langkah perjuanganmu
Sentiasa diiringi doa dan restu
Semoga kecemerlangan menjadi milikmu....


 ~zaza/12.45am/080911/mpsk~


SECEBIS PUISI BUAT SANTAPAN SANUBARI....
KATA-KATA HIKMAH BERGAMBAR (4)
KATA-KATA HIKMAH BERGAMBAR (3)

KATA-KATA HIKMAH BERGAMBAR (2)




SEKITAR MAJLIS  PERSARAAN  GURU  BESAR
SK PENGKALAN  AUR, TAIPING
9 & 10 NOVEMBER 2012

UCAPAN PK PENTADBIRAN
PN AZIZAH BT KASMAN

UCAPAN KETUA MURID
ADIK AMMAR WAFIY B MOHD ROSLI

UCAPAN GURU BESAR YANG DIRAIKAN
ENCIK ABDUL HABIB B ALAPITCHAY

PERSEMBAHAN MURID


PERSEMBAHAN MURID


'SENT OFF' ENCIK HABIB
 

'SENT OFF' ENCIK HABIB
 
PERARAKAN MASUK DIIRINGI DENGAN 
PALUAN KOMPANG



ENCIK HABIB DAN ISTERI
SERTA ANAK-ANAK


ANTARA TETAMU YANG HADIR

UCAPAN PPD LMS
ENCIK MOHD RADHI B ISMAIL

UCAPAN DARIPADA BEKAS ANAK MURID
YANG DIJEMPUT KHAS DARI SELANGOR

UCAPAN YDP PIBG
ENCIK MOHD ZAHID B ABDUL LATIF

PERSEMBAHAN TARIAN PIRING





PENGHARGAAN BUAT MURID-MURID


PEMBACAAN BIODATA OLEH
USTAZAH RAMLAH BT DOLLAH


ENCIK ABDUL HABIB B ALAPITCHAY
GURU BESAR SKPA
JULAI 2011 - 31 DISEMBER 2012

MERANGKAP 
YANG DIPERTUA MAJLIS GURU BESAR (MGB)
PERAK


Jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat Cikgu Habib
atas segala tunjuk ajar dan perkongsian ilmu
selama berada di SKPA...
Segala jasa bakti dan tunjuk ajar serta keprihatinan
yang diberikan selama ini akan sentiasa
terpahat di hati dan menjadi pedoman sepanjang zaman...
Hanya Allah swt sahaja yang dapat membalas-Nya
Semoga kehidupan Cikgu Habib sekeluarga akan sentiasa
dipayungi oleh rahmat dan kasih sayang-Nya...
Aamiin

Terima kasih untuk segala-galanya....Terima kasih Cikgu Habib......!!!










 


















Monday 12 November 2012

KATA-KATA HIKMAH (1)



"berlarilah mengejar pelangi biarpun kita tdk pasti apakah kita mampu menggapainya dlm genggaman...namun semangat jitu yg tdk pernah mahu mengalah itu menjadi kekuatan kita utk meneruskan hidup @ kehidupan ini...."

~CONTOH UCAPAN WAKIL MURID UNTUK MAJLIS PERSARAAN~



Assalammualaikum wbkth dan Salam Sejahtera.

Yang berusaha Tuan Pegawai PPD, Encik ________________________________________, Guru Besar SKPA yang diraikan, Encik Abdul Habib b Alapitchay,  YDP PIBG Encik Mohd  Zahid b Abdul Latif, Guru-guru Penolong Kanan, Guru-guru serta rakan-rakan yang dihormati sekelian.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak majlis kerana memberi kesempatan kepada saya untuk menyampaikan ucapan bagi mewakili murid-murid SKPA.

Untuk itu, izinkan saya untuk melafazkan beberapa rangkap pantun :

Terbang serindit ke pohon meranti,
Hinggap sebentar membuat sarang,
Majlis indah lagi diberkati,
Bagi meraikan Cikgu Habib tersayang.

Tiada kata seindah bicara,
Dapat dilafazkan seiring jasa,
Tiba ketika Cikgu Habib bersara,
Bakti dicurah di ingatan sentiasa.

Bibir merah tergigit lada,
Lada dicampur bersama laksa,
Walau di mana Cikgu Habib berada,
Ingatlah kami anak didik tercinta.

Berkilau-kilau cincin permata,
Begitu indah cantiknya rupa,
Biarpun kelak jauh di mata,
Namun di hati tidak kan lupa,

Petang hari menuju ke pekan,
Ingin membeli popia dan samosa,
Doa ikhlas kami hulurkan,
Semoga Cikgu Habib sihat sentiasa.

Salam kemaafan kami hulurkan,
Semoga kemesraan terus berpanjangan,
Ilmu diberi harap dihalalkan,
Semoga perjuangan kami mendapat keberkatan.

Bagi mengakhiri ucapan saya ini, saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Encik Abdul Habib b Alapitchay kerana telah banyak menabur bakti dan mencurahkan ilmu yang berguna untuk kami semua di SKPA. Segala jasa baik dan tunjuk ajar Cikgu Habib tidak dapat kami balas hanya Tuhan sahaja yang mampu membalas segala-gala-Nya. Terima kasih juga kepada Cikgu Habib kerana tidak pernah jemu mendidik kami ke arah pembentukan sahsiah yang baik serta kecemerlangan akademik yang berterusan.

Akhirnya, saya bagi mewakili rakan-rakan saya yang lain ingin memohon ampun dan maaf seandainya ada tingkah laku dan perbuatan kami yang menyinggung hati dan perasaan Cikgu Habib samada disedari mahupun tidak disedari. Halalkan segala ilmu yang telah Cikgu Habib berikan kepada kami selama ini. Terima kasih di atas segala-galanya. Terima kasih cikgu.



Sekian, terima kasih.
~CONTOH PENULISAN BIODATA UNTUK MAJLIS PERSARAAN~




     Segak bergaya putera mahkota,
     Dimahkotakan dalam majlis yang meriah,
     Izinkan saya membacakan biodata,
     Didahului dengan lafaz Bismillah.

     Bismillahirrahmanirrahim.....


               Dilahirkan pada tanggal 15 Ogos 1956 bersamaan dengan 10 Muharam 
     di Kg Tengah, Jelutong  iaitu di sebuah negeri di utara Semenanjung yang terkenal      
     dengan panggilan Pulau Mutiara. Merupakan anak kepada pasangan Alapitchay
     b Shaik Lebai dan Fatimah bt Muhd Yusuf yang telah mendirikan rumahtangga pada
     tahun 1943. Dibesarkan dalam sebuah keluarga besar iaitu seramai 12 orang
     adik-beradik dan Encik Abdul Habib merupakan anak ketujuh. Ketika beliau belajar
     di darjah enam, ayahnya telah meninggal dunia. Semenjak itu, segala keperluan
     dan tanggungjawab terhadap keluarga diambilalih oleh ibunya.

               Mendapat pendidikan awalnya di SK Jelutong, Pulau Pinang iatu dari
     tahun 1963 hingga 1968. Seterusnya melanjutkan pelajaran ke peringkat sekolah  
     menengah di SM Raja Tun Uda, Bayan Lepas dari tahun 1969 hingga 1973.
     Meneruskan pelajarannya di peringkat menengah atas di SM Abdullah Munshi, Pulau
     Pinang pada tahun 1974. Kecemerlangan beliau dalam bidang akademik dan juga
     Ko-Kurikulum memang tidak dapat dinafikan. Pernah menjadi Naib Pengerusi  
     Persatuan Bahasa Melayu dan juga Naib Pengerusi Kelab Ping Pong serta menjadi
     Ketua Rumah Sukan. Aktif dalam bidang sukan dan pernah menjadi wakil sekolah
     dalam pertandingan catur, perlawanan bola sepak dan juga sukan olahraga.

               Beliau telah mengikuti Latihan Asas Perguruannya di Maktab Perguruan Jalan    
     Northen, Pulau Pinang selama tiga tahun iaitu dari 1975 hingga 1977. Bermula dari
     sini, beliau mula melangkah dengan lebih yakin dan berani untuk menempuhi segala
     dugaan dan ujian dalam arena pendidikan yang penuh mencabar. Kata orang,
     “alah biasa tegal biasa” dan “genggam  bara api biar sampai jadi abu”, begitulah
     semangat yang dimiliki oleh Encik Abdul Habib b Alapitchay, Guru Besar SKPA yang  
     sangat dihormati dan disayangi.

              Memulakan tugas beliau sebagai seorang pendidik di negeri Selangor Darul   
     Ehsan. Bermula 1 Mac 1978 sehingga 1980, beliau bertugas di SK Bukit Tampoi,
     Dengkil, Selangor. Seterusnya pada tahun 1980 sehingga 31 Januari 1984, beliau
     telah bertukar ke SK Dengkil, Selangor.

             
                Apalah guna memasang pelita,              
               Jika tidak dengan sumbunya,
               Apalah guna bermain mata,
               Jika tidak dengan sungguhnya.


               Ambil gendang di Kampung Kandis,
               Ditabuh ramai ditingkah biola,
               Makin dipandang semakin manis,
               Dilabuh hati menyala cinta.


               Puteri bongsu memetik melati,
               Tumbuh mewangi di tengah laman,
               Gerak laku pancaran budi,
               Baiknya pekerti hati tertawan.


               Begitu indahnya pantun Melayu yang tersimpan pelbagai maksud yang
tersirat dan tersurat. Benar jugalah kata pepatah, “Kalau jodoh tak ke mana...”,
akhirnya dua hati ini bersatu dengan ijab dan kabul dengan restu seluruh ahli keluarga tercinta. Justeru bertautlah kasih berpautlah ikatan sayang antara Encik Abdul Habib b Alapitchay dan pasangannya Puan Zaharah bt Dahlan  pada 4 April1981. Ketentuan Allah swt adalah yang terbaik buat sekalian hamba-Nya, begitulah ungkapan yang boleh menggambarkan penyatuan antara dua hati ini. Encik Abdul Habib yang merupakan anak yatim akhirnya bertemu jodoh dengan Puan Zaharah yang juga merupakan anak yatim piatu. Kesunyian dan kesepian ketika bertugas di rantau orang akhirnya terubat apabila bertemu dengan pilihan hati yang menjadi pemangkin serta pencetus semangat untuk terus berbakti kepada anak bangsa demi negara bangsa yang tercinta.
                                                                                
               Bertautnya kasih di Jabbar Rahmah,
               Adam dan hawa menyulam rasa,
               Anak-anak itu amanah Allah,
               Pengikat kasih dan sayang keduanya.


               Pucuk pegaga tumbuh melata,
               Jadi ulaman penambat selera,
               Anak itu seumpama permata,
               Sejuk di mata damai di jiwa.

             
             Encik Abdul Habib b Alapitchay dan pasangannya Puan Zaharah bt Dahlan
telah dianugerahi Ilahi dengan kehadiran lima orang cahaya mata, iaitu dua
perempuan dan tiga lelaki. Anak sulung pasangan ini, Siti Nor Afzan berusia 29 tahun, diikuti Siti Nor Aisyah 27 tahun, ketiga Nor Saiful Hafiz 26 tahun, keempat Nor Saiful Bahari 23 tahun dan yang bongsu Nur Muhammad Syahir 20 tahun. Keempat-keempat anak pasangan ini berjaya dalam bidang masing-masing dan mempunyai kerjaya yang
boleh dibanggakan. Manakala anak bongsu pasangan ini masih menuntut di pusat pengajian tinggi.

              Puteri sulung dan puteri kedua pasangan ini telah mendirikan rumahtangga dengan pasangan pilihan masing-masing pada November tahun lepas. Dan kini Encik Habib dan pasangannya Puan Zaharah boleh tersenyum gembira kerana telah dikurniakan dengan kehadiran cucu pertama dalam keluarga mereka. Tahniah diucapkan. Semoga kebahagiaan yang dimiliki oleh keluarga ini akan terus berkekalan dan berpanjangan hingga ke akhirnya. Aameen Ya Allah.

              Bak kata bidalan Melayu, ‘benih yang baik, dilempar ke mana-mana pun
tetap memberikan hasil’, begitulah juga dengan Encik Abdul Habib b Alapitchay. Khidmat bakti beliau sentiasa ditagih lantaran ciri-ciri kepimpinan yang telah sebati dalam diri beliau serta semangat beliau yang sentiasa membara dan tidak pernah
mahu mengalah. Bermula Februari 1984 sehinggalah 30 November 1990, beliau berkhidmat di SK Bukit Changgang, Banting, Selangor. Setelah enam tahun menabur bakti di SK Bukit Changgang, beliau kembali berkhidmat di sekolah lama beliau iaitu
SK Dengkil, Selangor bermula Disember 1990 hingga 30 November 1991.


             Selama 13 tahun menabur bakti di bumi Selangor Darul Ehsan, akhirnya
Encik Abdul Habib b Alapitchay memulakan tugasnya di negeri Perak Darul Ridzuan. Sekolah pertama yang mendapat sentuhannya adalah SK Toh Johan, Trong, Perak. Bermula Disember 1991 sehingga 15 Disember 1995 dan jawatan yang dipegang oleh beliau adalah Penolong Kanan Pentadbiran. Seterusnya beliau telah dinaikkan pangkat menjadi guru besar di SK Air Putih, Taiping bermula 16 Disember 1995 sehingga
 9 Julai1999. Beliau merupakan Guru Besar pertama yang merintis sekolah tersebut dan telah berjaya mencipta kecemerlangan. Seterusnya pada 10 Julai 1999 beliau telah berpindah sekolah dan menjadi Guru Besar di SK Sultan Abdullah, Kg Cheh sehingga
28 Februari 2001. Bakat kepimpinan beliau sungguh menyerlah dan beliau mempunyai wawasan pendidikan yang cukup tinggi dan patut dicontohi.


              Dan apa yang pasti beliau begitu prihatin terhadap anak-anak didiknya
malah sentiasa mengutamakan mereka dalam banyak hal. Tidak pernah jemu dan mengalah dalam usaha memberikan pendidikan yang terbaik kepada semua anak didiknya, sejajar dengan prinsip hidup beliau ‘mengajar anak orang bersungguh-sungguh, pastinya anak kita orang lain akan ajar bersungguh-sungguh juga’.
Seharusnya kita semua meneladani sikap beliau ini. Bermula 1 Mac 2001sehinggalah
15 Disember 2003, beliau telah meneruskan tugas beliau sebagai seorang Guru Besar
di SK Long Jaafar, Kamunting. Seterusnya pada 16 Disember 2003 beliau bertukar angin dan menjadi Guru Besar di SK King Edward I. Beliau menabur bakti di sekolah ini selama hampir 8 tahun sebelum memulakan tugasnya di SK Pengkalan Aur pada 1 Julai 2011 sehinggalah sekarang ini. Dan SK Pengkalan Aur merupakan destinasi terakhir beliau sebagai Guru Besar sebelum menamatkan perkhidmatan beliau selama 34 tahun pada 31 Disember ini. Untuk pengetahuan semua, Encik Abdul Habib b Alapitchay telah menyandang jawatan sebagai Guru Besar selama 17 tahun dan mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan cemerlang.

                Perlu dinyatakan di sini, sifat keprihatinan dan kepemimpinan Encik Abdul
Habib begitu terserlah dan sukar disanggah. Beliau telah membuat banyak perubahan
di SKPA. Antaranya menjenamakan SKPA dengan menjadikan warna oren sebagai warna identiti sekolah, memperkenalkan slogan ‘SKPA Hebat’ bagi memberikan
motivasi dan semangat kepada semua murid, mengadakan kelas bimbingan atau
‘prep malam’ bagi calon-calon UPSR, melaksanakan program turun padang dengan membuat kunjungan mesra ke rumah murid-murid yang akan menduduki UPSR serta murid-murid Tahun 5 yang bakal menduduki UPSR. Makna kata, sikap keprihatinan
beliau terhadap anak bangsa tidak pernah luntur ditelan masa dimamah usia.

               Sentiasa ikhlas dalam menjalankan tugasnya dan tidak pernah lokek berkongsi ilmu dan wang ringgit. Mempunyai ramai anak angkat yang terdiri daripada
murid-murid miskin yang tidak berkemampuan. Beliau sanggup membelanjakan wangnya semata-mata ingin melihat kejayaan anak-anak muridnya. Malah ada
di antara anak muridnya yang telah berjaya dalam bidang kerjaya mereka berkat bantuan Encik Habib. Membiayai pengajian mereka sehingga ke peringkat yang
tertinggi dan boleh dibanggakan. Begitulah mulianya hati Encik Abdul Habib b Alapitchay. Kebanyakan daripada masanya dihabiskan dengan mengabdikan diri
pada tugasnya sebagai guru dan anggota masyarakat. Beliau lebih mengutamakan tugasnya daripada perkara-perkara yang lain.


                Tinggi bukit gilang-gemilang,
                Air laut tenang-tenangan,               
                Budi sedikit tidakkan hilang,
                Ia menjadi kenang-kenangan.


                Tenanglah tenang air di laut,
                Sampan kolek mudik ke tanjung,
                Hati terkenang mulut menyebut,
                Budi yang baik rasa nak junjung.


               Untuk berjaya kita perlu mendaki setangga demi setangga sehingga
ke puncak jaya, Begitu jugalah dengan Encik Abdul Habib b Alapitchay.
Kecemerlangan dalam kepemimpinan beliau memang terserlah dan tidak boleh disangkal lagi. Pada tahun 2003, beliau telah dilantik sebagai Guru Besar Cemerlang DGA 38. Pada tahun 2006, beliau telah terpilih sebagai Pemimpin Ko-Kurikulum
peringkat Negeri Perak dan pada Tahun 2009 pula, beliau telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC).

               Antara tugas-tugas luar yang beliau terlibat adalah:

·         Setiausaha Sambutan Hari Negeri Selangor 1982
·         Setiausaha Sukan Majlis Sukan-sukan Daerah (MSSD) Kuala Langat
     1986 – 1990
·         Pengadil Hoki Bawah 12 tahun Negeri Selangor
·         Yang Dipertua Majlis Guru Besar, Larut Matang dan Selama
·         Naib Yang Dipertua Majlis Guru Besar Negeri Perak
·         Exco Majlis Guru Besar Kebangsaan
·         Pengerusi Sekolah Agama Rakyat, Assam Kumbang
·         Pengerusi PIBG SK Assam Kumbang


               Demikianlah serba sedikit biodata Encik Abdul Habib b Alapitchay,
Guru Besar SK Pengkalan Aur Taiping, yang akan menamatkan perkhidmatan beliau pada hari ini. Segala jasa bakti beliau akan dikenang sepanjang hayat kita dan
hanya Allah swt sahaja yang dapat membalasnya.


               Terang bulan di malam hari,
               Indah gemerlap bintang bercahaya,
               Kasih dan sayang ikhlas terpatri,
               Rindu bertaut sepenuh jiwa.


               Indah gemerlap bintang bercahaya,
               Semilir berhembus berpuput mesra,
               Rindu bertaut sepenuh jiwa,
               Mesra terjalin indah terasa.


               Raut wajah damai dan tenang,
               Tiada terkalam kasih dijunjung,
               Jasa baktimu tetap dikenang,
               Budi baikmu tetap disanjung.

   Sekian, terima kasih.