Pages

Wednesday 12 December 2012

lagu motivasi (2)

~dari kaki tangga ke menara (fauziah latiff)~

** lagu yang sering diperdengarkan kpd anak2 didik ketika Majlis Pengijazahan dan Memohon Restu (khas buat murid2 Thn 6) Bait-bait lirik yang cukup bermakna dan menyentuh rasa

lagu motivasi (1)

~biarku menjadi lilin (pelangi)~ ** lagu yang cukup memberi kesan kepada insan yang bergelar guru...hayatilah bait-bait liriknya yang cukup puitis dan bermakna

Monday 10 December 2012

~kata-kata hikmah bergambar (8)~




~kata-kata hikmah bergambar (7)~



~contoh ucapan majlis jamuan makan sempena persaraan~


Assalammualaikum pembuka bicara,
Salam perpaduan menyusul pula,
Selamat Datang kepada semua,
Ke majlis indah penuh ceria.

Lembut bersantun puteri Kedah,
Keayuan wajah sentiasa dipuji,
Istimewa majlis diatur sudah,
Buat mereka yang selalu diingati.

Assalammualaikum WBRKTH dan salam sejahtera. Yang berusaha Pn Rodiah bt Abd Hadi, Guru Besar SKPA, Encik Nazri bin Haron, YDP PIBG, Guru-guru Penolong Kanan, Guru-Guru dan Rakan-Rakan yang dihormati sekalian. Bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya memberi kesempatan kepada kita untuk berkumpul di majlis indah lagi ceria ini. Semoga dengan adanya majlis sebegini akan menambahkan lagi kemesraan yang telah sedia ada di antara kita.

Hinggap tempua di pohon meranti,
Membuat sarang di dalam gua,
Majlis diatur mohon diberkati,
Sama-samalah kita menadah doa.

( Majlis dengan sukacitanya menjemput Ustaz Othman b Rasidi untuk mengetuai bacaan doa.)

Dari pekan singgah di taman,
Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Othman.

Seterusnya majlis dengan sukacitanya menjemput Pengerusi KGKT SKPA untuk menyampaikan sepatah dua kata.

Kupang remis lala dan lokan, Silakan Cikgu Salam berikan ucapan…

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput YDP PIBG SKPA iaitu Encik Nazri b Harun untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan…

Ikan kembong dimasak kari,
Terima kasih kepada Encik Nazri…

Seterusnya pihak majlis menjemput pula Pn Rodiah bt Abd Hadi untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Pn Rodiah Ucapan diberi tersangatlah indah…

Tibalah masa tibalah ketika,
Mendengarkan ucapan pemanis bicara,
Majlis menjemput Pn Laily Rozita,
Menyampaikan ucapan untuk semua.

Cantik sungguh songket tenunan,
Menjadi kebanggaan zaman berzaman,
Marilah kita dengarkan pesanan,
Pesanan diberi jadikan pedoman,

Majlis dengan sukacitanya menjemput Pn Laily Rozita bt Mohd Yusoff untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan…

Demikianlah tadi ucapan yang telah diberikan oleh Pn Laily Rozita.

Majlis mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pn Laily Rozita di atas segala sumbangan dan perhatian yang telah diberikan oleh beliau selama ini. Segala jasa baik beliau tidak mungkin kita lupakan sampai bila-bila dan semoga Allah SWT membalas dan memberkati segala-galaNya.

Walaupun hari ini merupakan hari terakhir beliau sebagai penjawat awam, namun kita mengharapkan agar jalinan kemesraan yang telah terjalin sekian lama akan terus bertaut erat dan tidak akan dirungkai biarpun ditelan masa dan dimamah usia.

Berdayung ke hilir menuju ke muara,
Kami ucapkan selamat bersara…

Sekali lagi, ucapan terima kasih diucapkan kepada Puan laily Rozita.

Majlis istimewa ini diteruskan lagi dengan acara penyampaian cenderahati kepada guru-guru dan staff yang telah bertukar serta kepada tetamu yang diraikan.

Bagi menyempurnakan acara ini, majlis dengan sukacitanya menjemput Pn Shariah bt Musa mengiringi Pn Rodiah bt Abd Hadi untuk menyampaikan cenderahati kepada semua yang berkenaan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Dijemput :
Pn Zakiah bt Omar
Pn Poziah bt Bidin
Pn Shamsiah bt Ibrahim
Encik Azemi b Osman
Ustaz Mohd Abdullah b Mohd Zain (Standby)

Seterusnya majlis menjemput tetamu istimewa yang diraikan Pn Laily Rozita untuk menerima cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan daripada semua warga SKPA.

Bukan nilai menjadi ukuran sekadar ingatan mengiringi perpisahan. Majlis mengucapkan terima kasih kepada Pn Rodiah kerana sudi menyempurnakan acara ini.

Kini tibalah masa yang dinanti-nantikan....

Rehat sebentar di Pulau Rusa,
Sambil menikmati air nira,
Hidangan tersedia seenak rasa,
Jemputlah semua menjamu selera.

Sebelum majlis melabuhkan tirainya, kami mengambil kesempatan ini untuk menmohon ampun dan maaf seandainya sepanjang kami menerajui majlis ini, terdapat tutur kata dan ungkap bicara yang menyinggung hati dan jiwa. Sesungguhnya apa yang terbaik itu adalah datangnya daripada Allah SWT dan yang selainnya adalah kerana kelemahan kami sendiri.

Akhir bicara maaf dipinta,
Semoga berjumpa di lain ketika,
Walaupun nanti jauh di mata,
Namun di hati tidakkan lupa.

Pergi bersenam waktu pagi,
Panjang umur jumpa lagi.

Sekian, terima kasih.

Wabillahitaufik Walhidayah Wassalammualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh.
 - zaza’08-
~kata-kata hikmah bergambar (6)~

Tuesday 20 November 2012