NAMA : ZAITON ANIZAH BINTI ZAINAL ABIDIN NO. MATRIKS : D20112055497
Tuesday, 20 November 2012
Tuesday, 13 November 2012
MONOLOG SEBUAH KEHIDUPAN...
**Buat puteri kesayanganku dan juga anak2 didikku...
Tahun 1999
Lahirnya kalian bersama dakapan kasih sayang
Ibunda dan ayahanda tercinta
Diazan dan diqamatkan Agar kehidupan dilimpahi keberkatan Terukir senyum bersama lafaz kesyukuran Dengan anugerah istimewa daripada Tuhan
Ditatang dan dibelai dengan penuh kasih sayang
Tidak diendah walau sakit yang datang
Demi anakanda tercinta dan tersayang
Tidak dibiarkan berduka dan berhati walang
Tahun 2006
Usiamu menganjak laju seiring detik waktu
Ketika ini bermulalah episod baru
Mengenal pensel dan juga buku
Membaca huruf satu persatu
Membilang angka tanpa jemu
Dengan tunjuk ajar dan bimbingan guru
Ayah dan ibu berdoa selalu
Agar zuriat yang satu terus maju
Gelak tawa dan keletah manjamu
Membuat hati ayah dan ibu
Bergetar dan merinduimu
Sepanjang waktu
Setiap tutur kata dan nasihat guru
Serta ayah dan ibu
Sentiasa terpahat di kalbu
Tidak pernah membantah akur
Dan berbudi bahasa selalu
Tahun 2009
10 tahun sudah usiamu
Ayah dan ibu berdoa dan memberi restu
Agar dirimu tidak terlupa akan asal usulmu
Dan terus berusaha mengumpul ilmu
Walau susah payah dan kadangkala keliru
Kepentingan dirimu diutamakan dahulu
Terkadang mengalir air mata si ibu
Pabila anakanda menunjuk laku
Tiada lagi hormat dan diam membisu
Ketika disoal satu persatu
Kini bahasamu menghiris kalbu
Herdik tengking bagimu perlu
Untuk menunjuk betapa kuat dan hebatnya dirimu
Pabila usiamu semakin memacu
Pesan ibu dibiarkan lalu
Marah ayah tiada berbekas di hatimu
Nasihat guru ditepis laju
Kerna bagimu 'aku adalah aku'
Tahun 2011
Semakin manis raut wajahmu
Semakin tampan segak penampilanmu
Doa si ibu tidak pernah jemu
Harapan si ayah tetap bertamu
Hasrat dan impian guru terus memacu
Agar kecemerlangan menjadi milikmu
Wahai anakanda penawar hati ibu
Wahai anakanda penyeri hidup ayahmu
Wahai anakanda pemangkin semangat guru
Bangun dan bangkitlah dari tidurmu
Usah kau abaikan harapan ibu
Usah kau pinggirkan impian ayahmu
Usah kau lenyapkan hasrat gurumu
Bukalah matamu
Lapangkan mindamu
Aturlah langkah satriamu
Gunakan segala pengetahuan dan ilmu
Untuk menghadapi ujian tanpa ragu
Kerna setiap langkah perjuanganmu
Sentiasa diiringi doa dan restu
Semoga kecemerlangan menjadi milikmu....
~zaza/12.45am/080911/mpsk~
**Buat puteri kesayanganku dan juga anak2 didikku...
Tahun 1999
Lahirnya kalian bersama dakapan kasih sayang
Ibunda dan ayahanda tercinta
Diazan dan diqamatkan Agar kehidupan dilimpahi keberkatan Terukir senyum bersama lafaz kesyukuran Dengan anugerah istimewa daripada Tuhan
Ditatang dan dibelai dengan penuh kasih sayang
Tidak diendah walau sakit yang datang
Demi anakanda tercinta dan tersayang
Tidak dibiarkan berduka dan berhati walang
Tahun 2006
Usiamu menganjak laju seiring detik waktu
Ketika ini bermulalah episod baru
Mengenal pensel dan juga buku
Membaca huruf satu persatu
Membilang angka tanpa jemu
Dengan tunjuk ajar dan bimbingan guru
Ayah dan ibu berdoa selalu
Agar zuriat yang satu terus maju
Gelak tawa dan keletah manjamu
Membuat hati ayah dan ibu
Bergetar dan merinduimu
Sepanjang waktu
Setiap tutur kata dan nasihat guru
Serta ayah dan ibu
Sentiasa terpahat di kalbu
Tidak pernah membantah akur
Dan berbudi bahasa selalu
Tahun 2009
10 tahun sudah usiamu
Ayah dan ibu berdoa dan memberi restu
Agar dirimu tidak terlupa akan asal usulmu
Dan terus berusaha mengumpul ilmu
Walau susah payah dan kadangkala keliru
Kepentingan dirimu diutamakan dahulu
Terkadang mengalir air mata si ibu
Pabila anakanda menunjuk laku
Tiada lagi hormat dan diam membisu
Ketika disoal satu persatu
Kini bahasamu menghiris kalbu
Herdik tengking bagimu perlu
Untuk menunjuk betapa kuat dan hebatnya dirimu
Pabila usiamu semakin memacu
Pesan ibu dibiarkan lalu
Marah ayah tiada berbekas di hatimu
Nasihat guru ditepis laju
Kerna bagimu 'aku adalah aku'
Tahun 2011
Semakin manis raut wajahmu
Semakin tampan segak penampilanmu
Doa si ibu tidak pernah jemu
Harapan si ayah tetap bertamu
Hasrat dan impian guru terus memacu
Agar kecemerlangan menjadi milikmu
Wahai anakanda penawar hati ibu
Wahai anakanda penyeri hidup ayahmu
Wahai anakanda pemangkin semangat guru
Bangun dan bangkitlah dari tidurmu
Usah kau abaikan harapan ibu
Usah kau pinggirkan impian ayahmu
Usah kau lenyapkan hasrat gurumu
Bukalah matamu
Lapangkan mindamu
Aturlah langkah satriamu
Gunakan segala pengetahuan dan ilmu
Untuk menghadapi ujian tanpa ragu
Kerna setiap langkah perjuanganmu
Sentiasa diiringi doa dan restu
Semoga kecemerlangan menjadi milikmu....
~zaza/12.45am/080911/mpsk~
SEKITAR MAJLIS PERSARAAN GURU BESAR
SK PENGKALAN AUR, TAIPING
9 & 10 NOVEMBER 2012
UCAPAN PK PENTADBIRAN
PN AZIZAH BT KASMAN
UCAPAN KETUA MURID
ADIK AMMAR WAFIY B MOHD ROSLI
UCAPAN GURU BESAR YANG DIRAIKAN
ENCIK ABDUL HABIB B ALAPITCHAY
PERSEMBAHAN MURID
PERSEMBAHAN MURID
'SENT OFF' ENCIK HABIB
'SENT OFF' ENCIK HABIB
PERARAKAN MASUK DIIRINGI DENGAN
PALUAN KOMPANG
ENCIK HABIB DAN ISTERI
SERTA ANAK-ANAK
ANTARA TETAMU YANG HADIR
UCAPAN PPD LMS
ENCIK MOHD RADHI B ISMAIL
UCAPAN DARIPADA BEKAS ANAK MURID
YANG DIJEMPUT KHAS DARI SELANGOR
UCAPAN YDP PIBG
ENCIK MOHD ZAHID B ABDUL LATIF
PERSEMBAHAN TARIAN PIRING
PENGHARGAAN BUAT MURID-MURID
PEMBACAAN BIODATA OLEH
USTAZAH RAMLAH BT DOLLAH
ENCIK ABDUL HABIB B ALAPITCHAY
GURU BESAR SKPA
JULAI 2011 - 31 DISEMBER 2012
MERANGKAP
YANG DIPERTUA MAJLIS GURU BESAR (MGB)
PERAK
Jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat Cikgu Habib
atas segala tunjuk ajar dan perkongsian ilmu
selama berada di SKPA...
Segala jasa bakti dan tunjuk ajar serta keprihatinan
yang diberikan selama ini akan sentiasa
terpahat di hati dan menjadi pedoman sepanjang zaman...
Hanya Allah swt sahaja yang dapat membalas-Nya
Semoga kehidupan Cikgu Habib sekeluarga akan sentiasa
dipayungi oleh rahmat dan kasih sayang-Nya...
Aamiin
Terima kasih untuk segala-galanya....Terima kasih Cikgu Habib......!!!
Monday, 12 November 2012
~CONTOH UCAPAN WAKIL MURID UNTUK MAJLIS PERSARAAN~
Assalammualaikum
wbkth dan Salam Sejahtera.
Yang
berusaha Tuan Pegawai PPD, Encik ________________________________________, Guru
Besar SKPA yang diraikan, Encik Abdul Habib b Alapitchay, YDP PIBG Encik Mohd Zahid b Abdul Latif, Guru-guru Penolong Kanan,
Guru-guru serta rakan-rakan yang dihormati sekelian.
Terlebih
dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak majlis kerana
memberi kesempatan kepada saya untuk menyampaikan ucapan bagi mewakili
murid-murid SKPA.
Untuk
itu, izinkan saya untuk melafazkan beberapa rangkap pantun :
Terbang
serindit ke pohon meranti,
Hinggap
sebentar membuat sarang,
Majlis
indah lagi diberkati,
Bagi
meraikan Cikgu Habib tersayang.
Tiada
kata seindah bicara,
Dapat
dilafazkan seiring jasa,
Tiba
ketika Cikgu Habib bersara,
Bakti
dicurah di ingatan sentiasa.
Bibir
merah tergigit lada,
Lada
dicampur bersama laksa,
Walau
di mana Cikgu Habib berada,
Ingatlah
kami anak didik tercinta.
Berkilau-kilau
cincin permata,
Begitu
indah cantiknya rupa,
Biarpun
kelak jauh di mata,
Namun
di hati tidak kan
lupa,
Petang
hari menuju ke pekan,
Ingin
membeli popia dan samosa,
Doa
ikhlas kami hulurkan,
Semoga
Cikgu Habib sihat sentiasa.
Salam
kemaafan kami hulurkan,
Semoga
kemesraan terus berpanjangan,
Ilmu
diberi harap dihalalkan,
Semoga
perjuangan kami mendapat keberkatan.
Bagi
mengakhiri ucapan saya ini, saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih
kepada Encik Abdul Habib b Alapitchay kerana telah banyak menabur bakti dan
mencurahkan ilmu yang berguna untuk kami semua di SKPA. Segala jasa baik dan
tunjuk ajar Cikgu Habib tidak dapat kami balas hanya Tuhan sahaja yang mampu
membalas segala-gala-Nya. Terima kasih juga kepada Cikgu Habib kerana tidak
pernah jemu mendidik kami ke arah pembentukan sahsiah yang baik serta
kecemerlangan akademik yang berterusan.
Akhirnya,
saya bagi mewakili rakan-rakan saya yang lain ingin memohon ampun dan maaf
seandainya ada tingkah laku dan perbuatan kami yang menyinggung hati dan
perasaan Cikgu Habib samada disedari mahupun tidak disedari. Halalkan segala
ilmu yang telah Cikgu Habib berikan kepada kami selama ini. Terima kasih di
atas segala-galanya. Terima kasih cikgu.
Sekian,
terima kasih.
~CONTOH PENULISAN BIODATA UNTUK MAJLIS PERSARAAN~
Indah gemerlap bintang bercahaya,
Semilir berhembus berpuput mesra,
Rindu bertaut sepenuh jiwa,
Mesra terjalin indah terasa.
Segak bergaya putera mahkota,
Dimahkotakan dalam majlis yang meriah,
Izinkan saya membacakan biodata,
Didahului dengan lafaz Bismillah.
Bismillahirrahmanirrahim.....
Dilahirkan pada tanggal 15 Ogos 1956 bersamaan
dengan 10 Muharam
di Kg Tengah, Jelutong iaitu di sebuah negeri di utara Semenanjung
yang terkenal
dengan panggilan Pulau Mutiara. Merupakan
anak kepada pasangan Alapitchay
b Shaik Lebai dan Fatimah bt Muhd Yusuf
yang telah mendirikan rumahtangga pada
tahun 1943. Dibesarkan dalam sebuah
keluarga besar iaitu seramai 12 orang
adik-beradik dan Encik Abdul Habib
merupakan anak ketujuh. Ketika beliau belajar
di darjah enam, ayahnya telah meninggal
dunia. Semenjak itu, segala keperluan
dan tanggungjawab terhadap keluarga
diambilalih oleh ibunya.
Mendapat pendidikan awalnya di
SK Jelutong, Pulau Pinang iatu dari
tahun 1963 hingga 1968. Seterusnya
melanjutkan pelajaran ke peringkat sekolah
menengah
di SM Raja Tun Uda, Bayan Lepas dari tahun 1969 hingga 1973.
Meneruskan pelajarannya di peringkat
menengah atas di SM Abdullah Munshi, Pulau
Pinang pada tahun 1974. Kecemerlangan
beliau dalam bidang akademik dan juga
Ko-Kurikulum
memang tidak dapat dinafikan. Pernah menjadi Naib Pengerusi
Persatuan Bahasa Melayu dan juga Naib
Pengerusi Kelab Ping Pong serta menjadi
Ketua Rumah Sukan. Aktif dalam bidang
sukan dan pernah menjadi wakil sekolah
dalam pertandingan catur, perlawanan bola
sepak dan juga sukan olahraga.
Beliau telah mengikuti Latihan Asas
Perguruannya di Maktab Perguruan Jalan
Northen, Pulau Pinang selama tiga tahun
iaitu dari 1975 hingga 1977. Bermula dari
sini, beliau mula melangkah dengan lebih
yakin dan berani untuk menempuhi segala
dugaan dan ujian dalam arena pendidikan
yang penuh mencabar. Kata orang,
“alah biasa tegal biasa” dan “genggam bara api biar sampai jadi abu”, begitulah
semangat yang dimiliki oleh Encik Abdul
Habib b Alapitchay, Guru Besar SKPA yang
sangat dihormati dan disayangi.
Memulakan tugas beliau sebagai seorang
pendidik di negeri Selangor Darul
Ehsan. Bermula 1 Mac 1978 sehingga 1980,
beliau bertugas di SK Bukit Tampoi,
Dengkil, Selangor. Seterusnya pada tahun
1980 sehingga 31 Januari 1984, beliau
telah bertukar ke SK Dengkil, Selangor.
Apalah guna memasang pelita,
Jika tidak dengan sumbunya,
Apalah guna bermain mata,
Jika tidak dengan sungguhnya.
Ambil gendang di Kampung Kandis,
Ditabuh ramai ditingkah biola,
Makin dipandang semakin manis,
Dilabuh hati menyala cinta.
Puteri bongsu memetik melati,
Tumbuh mewangi di tengah laman,
Gerak laku pancaran budi,
Baiknya pekerti hati tertawan.
Begitu indahnya pantun Melayu
yang tersimpan pelbagai maksud yang
tersirat dan
tersurat. Benar jugalah kata pepatah, “Kalau jodoh tak ke mana...”,
akhirnya dua hati
ini bersatu dengan ijab dan kabul dengan restu seluruh ahli keluarga tercinta.
Justeru bertautlah kasih berpautlah ikatan sayang antara Encik Abdul Habib b
Alapitchay dan pasangannya Puan Zaharah bt Dahlan pada 4 April1981. Ketentuan Allah swt adalah
yang terbaik buat sekalian hamba-Nya, begitulah ungkapan yang boleh
menggambarkan penyatuan antara dua hati ini. Encik Abdul Habib yang merupakan
anak yatim akhirnya bertemu jodoh dengan Puan Zaharah yang juga merupakan anak
yatim piatu. Kesunyian dan kesepian ketika bertugas di rantau orang akhirnya
terubat apabila bertemu dengan pilihan hati yang menjadi pemangkin serta
pencetus semangat untuk terus berbakti kepada anak bangsa demi negara bangsa
yang tercinta.
Bertautnya kasih di Jabbar
Rahmah,
Adam dan hawa menyulam rasa,
Anak-anak itu amanah Allah,
Pengikat kasih dan sayang
keduanya.
Pucuk pegaga tumbuh melata,
Jadi ulaman penambat selera,
Anak itu seumpama permata,
Sejuk di mata damai di jiwa.
Encik Abdul Habib b Alapitchay dan pasangannya
Puan Zaharah bt Dahlan
telah dianugerahi
Ilahi dengan kehadiran lima orang cahaya mata, iaitu dua
perempuan dan tiga
lelaki. Anak sulung pasangan ini, Siti Nor Afzan berusia 29 tahun, diikuti Siti
Nor Aisyah 27 tahun, ketiga Nor Saiful Hafiz 26 tahun, keempat Nor Saiful
Bahari 23 tahun dan yang bongsu Nur Muhammad Syahir 20 tahun. Keempat-keempat
anak pasangan ini berjaya dalam bidang masing-masing dan mempunyai kerjaya yang
boleh dibanggakan.
Manakala anak bongsu pasangan ini masih menuntut di pusat pengajian tinggi.
Puteri sulung dan puteri kedua
pasangan ini telah mendirikan rumahtangga dengan pasangan pilihan masing-masing
pada November tahun lepas. Dan kini Encik Habib dan pasangannya Puan Zaharah boleh
tersenyum gembira kerana telah dikurniakan dengan kehadiran cucu pertama dalam
keluarga mereka. Tahniah diucapkan. Semoga kebahagiaan yang dimiliki oleh
keluarga ini akan terus berkekalan dan berpanjangan hingga ke akhirnya. Aameen
Ya Allah.
Bak kata bidalan Melayu, ‘benih yang
baik, dilempar ke mana-mana pun
tetap memberikan
hasil’, begitulah juga dengan Encik Abdul Habib b Alapitchay. Khidmat bakti
beliau sentiasa ditagih lantaran ciri-ciri kepimpinan yang telah sebati dalam
diri beliau serta semangat beliau yang sentiasa membara dan tidak pernah
mahu mengalah.
Bermula Februari 1984 sehinggalah 30 November 1990, beliau berkhidmat di SK
Bukit Changgang, Banting, Selangor. Setelah enam tahun menabur bakti di SK
Bukit Changgang, beliau kembali berkhidmat di sekolah lama beliau iaitu
SK Dengkil,
Selangor bermula Disember 1990 hingga 30 November 1991.
Selama 13 tahun menabur bakti di
bumi Selangor Darul Ehsan, akhirnya
Encik Abdul Habib b
Alapitchay memulakan tugasnya di negeri Perak Darul Ridzuan. Sekolah pertama
yang mendapat sentuhannya adalah SK Toh Johan, Trong, Perak. Bermula Disember
1991 sehingga 15 Disember 1995 dan jawatan yang dipegang oleh beliau adalah
Penolong Kanan Pentadbiran. Seterusnya beliau telah dinaikkan pangkat menjadi
guru besar di SK Air Putih, Taiping bermula 16 Disember 1995 sehingga
9 Julai1999. Beliau merupakan Guru Besar
pertama yang merintis sekolah tersebut dan telah berjaya mencipta kecemerlangan.
Seterusnya pada 10 Julai 1999 beliau telah berpindah sekolah dan menjadi Guru
Besar di SK Sultan Abdullah, Kg Cheh sehingga
28 Februari 2001.
Bakat kepimpinan beliau sungguh menyerlah dan beliau mempunyai wawasan
pendidikan yang cukup tinggi dan patut dicontohi.
Dan apa yang pasti beliau begitu
prihatin terhadap anak-anak didiknya
malah sentiasa
mengutamakan mereka dalam banyak hal. Tidak pernah jemu dan mengalah dalam
usaha memberikan pendidikan yang terbaik kepada semua anak didiknya, sejajar
dengan prinsip hidup beliau ‘mengajar anak orang bersungguh-sungguh, pastinya
anak kita orang lain akan ajar bersungguh-sungguh juga’.
Seharusnya kita
semua meneladani sikap beliau ini. Bermula 1 Mac 2001sehinggalah
15 Disember 2003,
beliau telah meneruskan tugas beliau sebagai seorang Guru Besar
di SK Long Jaafar,
Kamunting. Seterusnya pada 16 Disember 2003 beliau bertukar angin dan menjadi
Guru Besar di SK King Edward I. Beliau menabur bakti di sekolah ini selama
hampir 8 tahun sebelum memulakan tugasnya di SK Pengkalan Aur pada 1 Julai 2011
sehinggalah sekarang ini. Dan SK Pengkalan Aur merupakan destinasi terakhir
beliau sebagai Guru Besar sebelum menamatkan perkhidmatan beliau selama 34
tahun pada 31 Disember ini. Untuk pengetahuan semua, Encik Abdul Habib b
Alapitchay telah menyandang jawatan sebagai Guru Besar selama 17 tahun dan
mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan cemerlang.
Perlu dinyatakan di sini, sifat
keprihatinan dan kepemimpinan Encik Abdul
Habib begitu
terserlah dan sukar disanggah. Beliau telah membuat banyak perubahan
di SKPA. Antaranya
menjenamakan SKPA dengan menjadikan warna oren sebagai warna identiti sekolah,
memperkenalkan slogan ‘SKPA Hebat’ bagi memberikan
motivasi dan
semangat kepada semua murid, mengadakan kelas bimbingan atau
‘prep malam’ bagi
calon-calon UPSR, melaksanakan program turun padang dengan membuat kunjungan
mesra ke rumah murid-murid yang akan menduduki UPSR serta murid-murid Tahun 5
yang bakal menduduki UPSR. Makna kata, sikap keprihatinan
beliau terhadap
anak bangsa tidak pernah luntur ditelan masa dimamah usia.
Sentiasa ikhlas dalam
menjalankan tugasnya dan tidak pernah lokek berkongsi ilmu dan wang ringgit.
Mempunyai ramai anak angkat yang terdiri daripada
murid-murid miskin
yang tidak berkemampuan. Beliau sanggup membelanjakan wangnya semata-mata ingin
melihat kejayaan anak-anak muridnya. Malah ada
di antara anak
muridnya yang telah berjaya dalam bidang kerjaya mereka berkat bantuan Encik
Habib. Membiayai pengajian mereka sehingga ke peringkat yang
tertinggi dan boleh
dibanggakan. Begitulah mulianya hati Encik Abdul Habib b Alapitchay. Kebanyakan
daripada masanya dihabiskan dengan mengabdikan diri
pada tugasnya
sebagai guru dan anggota masyarakat. Beliau lebih mengutamakan tugasnya
daripada perkara-perkara yang lain.
Tinggi bukit gilang-gemilang,
Air laut tenang-tenangan,
Budi sedikit tidakkan hilang,
Ia menjadi kenang-kenangan.
Tenanglah tenang air di laut,
Sampan kolek mudik ke tanjung,
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi yang baik rasa nak
junjung.
Untuk berjaya kita perlu mendaki
setangga demi setangga sehingga
ke puncak jaya, Begitu
jugalah dengan Encik Abdul Habib b Alapitchay.
Kecemerlangan dalam
kepemimpinan beliau memang terserlah dan tidak boleh disangkal lagi. Pada tahun
2003, beliau telah dilantik sebagai Guru Besar Cemerlang DGA 38. Pada tahun
2006, beliau telah terpilih sebagai Pemimpin Ko-Kurikulum
peringkat Negeri
Perak dan pada Tahun 2009 pula, beliau telah menerima Anugerah Perkhidmatan
Cemerlang (APC).
Antara tugas-tugas luar yang
beliau terlibat adalah:
·
Setiausaha
Sambutan Hari Negeri Selangor 1982
·
Setiausaha
Sukan Majlis Sukan-sukan Daerah (MSSD) Kuala Langat
1986 – 1990
·
Pengadil
Hoki Bawah 12 tahun Negeri Selangor
·
Yang
Dipertua Majlis Guru Besar, Larut Matang dan Selama
·
Naib
Yang Dipertua Majlis Guru Besar Negeri Perak
·
Exco
Majlis Guru Besar Kebangsaan
·
Pengerusi
Sekolah Agama Rakyat, Assam Kumbang
·
Pengerusi
PIBG SK Assam Kumbang
Demikianlah serba sedikit
biodata Encik Abdul Habib b Alapitchay,
Guru Besar SK
Pengkalan Aur Taiping, yang akan menamatkan perkhidmatan beliau pada hari ini.
Segala jasa bakti beliau akan dikenang sepanjang hayat kita dan
hanya Allah swt
sahaja yang dapat membalasnya.
Terang bulan di malam hari,
Indah gemerlap bintang bercahaya,
Kasih dan sayang ikhlas terpatri,
Rindu bertaut sepenuh jiwa.
Indah gemerlap bintang bercahaya,
Kasih dan sayang ikhlas terpatri,
Rindu bertaut sepenuh jiwa.
Indah gemerlap bintang bercahaya,
Semilir berhembus berpuput mesra,
Rindu bertaut sepenuh jiwa,
Mesra terjalin indah terasa.
Raut wajah damai dan tenang,
Tiada terkalam kasih dijunjung,
Jasa baktimu tetap dikenang,
Budi baikmu tetap disanjung.
Sekian, terima kasih.
Subscribe to:
Posts (Atom)